Kehadapan ibunda Rusidah binti Haji Warno .
Semoga ibunda sihat walfiat disamping suamimu yang tercinta . Anakmu disini sihat selalu . Dikesempatan ini anakmu memohon maaf diatas selama kesalahan , kesilapan , terkasar bahasa , tertinggi suara , tidak mendengar kata dan banyak lagi sehingga menguriskan hati mu selama anakanda dari kecil sehingga dewasa .
Mungkin semasa itu anakanda mu ini terlalu emotional sehingga tidak menghiraukan dirimu adalah bondaku yang perlu dihormati selalu . Anakanda mu ini juga memohon maaf diatas dosa-dosa yang ibunda dan ayahanda tanggungkan kerna anakanda mu ini dahulunya jahil .
Mungkin anakanda mu ini tidak mampu memberi kejayaan seperti pelajar terbaik SPM 2007 (21A) , Azali Azlan , tidak sepandai albert einstein , bukan orang-orang besar yang berpengaruh seperti PM Najib yang mampu membanggakan kamu sehingga menitiskan air mata kegembiraan .
Namun anakanda mu ini akan selalu sentiasa mendoakan kesihatanmu , kebahagianmu di dunia dan di akhirat. . Tidak lupa juga kerana sanggup menjadi biasiswa FAMA (FAtherMAther) untuk pembelajaran anakanda mu ini di UPNM .
Selamat Hari Ibu , Mak :)
#Setiap kejayaanku adalah untuk kedua-dua ibu bapaku
No comments:
Post a Comment