this blog bajetbagoss is sharing with Freedom

nuffnang ads

Followers

Thursday, October 28, 2010

gang meeting

walaweyh !

petang tadi meeting bersama geng . dihadiri oleh 7 members .
marlianah , nadia , syudd , fyda, fyza , fazira , fieka .
berlangsung selama 2jam .
dari jam 2.30 ptg - 4.30ptg
tujuan untuk mendedahkan rahsia yang disimpan , perasaan ingin tahu , berbincang masalah yang dihadapi dan lain-lain



********TAMAT******

Monday, October 11, 2010

SPM trial

assalamualaikum .

percubaan spm telah tamat juga akhirnya pada 2minggu yang lau ;D haha banyak peningkatan . sangat sukalah . alhamdulillah syukur kepada hadrat illahi .

semoga keputusan percubaan spm ini sama seperti spm sebenar . AMIN !

tidak lama lagi spm sebenar akan berlangsung . saya berharap :-

  1. semua calon spm akan berjaya dengan cemerlangnya . kasi gempak ctit tayun ite ni :)
  2. saya memohon maaf kepada guru-guru yang mengajar saya ataupun yang sebaliknya . rafizah ni mmg noty je :p
  3. jutaan terima kasih yang amat kepada guru-guru yang mengajar saya dari tadika sehingga lah sekarang . tayon dpn da jd pasca plaja skol :D
  4. terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah membantu saya . terima kasih terima kasih :>
  5. tidak lupa kepada kedua-dua ibu bapa saya yang membantu saya sepeti membayar yuran sekolah , beli buku rujukan , duit belanja sekolah dan banyak lagi , tak terkira . siapalah daku tanpa mereka . Ya Allah , Ya Tuhanku , Engkau kasihanilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil dan Kau ampunkan dosa serta berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan di akhirat . AMIN !
  6. terima kasih juga kepada pihak-pihak yang lain yang memberi dorongan serta semangat kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung .

"Ya Allah , Ya Tuhanku yang Maha Besar lagi Maha Agung . Engkau berikanlah aku hidayat semasa menjawab peperiksaan SPM sebenar pada tahun ini . Engkau kuatkanlah ingatan aku , penuhilah mindaku dengan ilmu , tenangkanlah hatiku dengan nur-MU , dan berikanlah aku rahmat-Mu Ya Allah . Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemberi . Engkau permudahkanlah peperiksaan SPM yang bakal aku hadapi pada tahun ini dan Engkau makbulkanlah doa hamba-Mu yang lemah ini , sesungguhnya hanya pada-Mu aku bersujud , berdoa dan memohon bantuan . AMIN ya robballalamin ."



semoga berjaya dalam peperiksaan SIJIL PELAJARAN MENENGAH (SPM) .
Yakin Boleh A + !

semoga berjaya ,

jepown :)