percubaan spm telah tamat juga akhirnya pada 2minggu yang lau ;D haha banyak peningkatan . sangat sukalah . alhamdulillah syukur kepada hadrat illahi .
semoga keputusan percubaan spm ini sama seperti spm sebenar . AMIN !
tidak lama lagi spm sebenar akan berlangsung . saya berharap :-
- semua calon spm akan berjaya dengan cemerlangnya . kasi gempak ctit tayun ite ni :)
- saya memohon maaf kepada guru-guru yang mengajar saya ataupun yang sebaliknya . rafizah ni mmg noty je :p
- jutaan terima kasih yang amat kepada guru-guru yang mengajar saya dari tadika sehingga lah sekarang . tayon dpn da jd pasca plaja skol :D
- terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah membantu saya . terima kasih terima kasih :>
- tidak lupa kepada kedua-dua ibu bapa saya yang membantu saya sepeti membayar yuran sekolah , beli buku rujukan , duit belanja sekolah dan banyak lagi , tak terkira . siapalah daku tanpa mereka . Ya Allah , Ya Tuhanku , Engkau kasihanilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil dan Kau ampunkan dosa serta berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan di akhirat . AMIN !
- terima kasih juga kepada pihak-pihak yang lain yang memberi dorongan serta semangat kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung .
"Ya Allah , Ya Tuhanku yang Maha Besar lagi Maha Agung . Engkau berikanlah aku hidayat semasa menjawab peperiksaan SPM sebenar pada tahun ini . Engkau kuatkanlah ingatan aku , penuhilah mindaku dengan ilmu , tenangkanlah hatiku dengan nur-MU , dan berikanlah aku rahmat-Mu Ya Allah . Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemberi . Engkau permudahkanlah peperiksaan SPM yang bakal aku hadapi pada tahun ini dan Engkau makbulkanlah doa hamba-Mu yang lemah ini , sesungguhnya hanya pada-Mu aku bersujud , berdoa dan memohon bantuan . AMIN ya robballalamin ."
semoga berjaya dalam peperiksaan SIJIL PELAJARAN MENENGAH (SPM) .
Yakin Boleh A + !
semoga berjaya ,
jepown :)
Yakin Boleh A + !
semoga berjaya ,
jepown :)
No comments:
Post a Comment